TAHNIAH ATAS PELANTIKAN RASMI GKMP KEMANUSIAAN
Tarikh : 19 Februari 2025
Seluruh warga SMK Datuk Panglima Abdullah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Darsima Bt Mohd Dachsan atas kenaikan pangkat dan pelantikan rasmi sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Kemanusiaan.
Semoga dengan amanah dan tanggungjawab baharu ini, beliau terus cemerlang dalam kepimpinan akademik serta menjadi inspirasi kepada warga sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan.
#Tahniah
#GKMPKemanusiaan
#sdpagagahgemilang
__________________________________________________________________
MAJLIS KALUNGAN KASIH, SEJAMBAK BUDI, SEGUNUNG BAKTI, JASA TERPATERI
Pada hari yang penuh bermakna ini, warga SMK Datuk Panglima Abdullah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Hussien bin Haji Omar atas segala jasa, kepimpinan, dan bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di sekolah ini. Keikhlasan dan dedikasi beliau akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.
Terima kasih dan selamat maju jaya!
_________________________________________________________________
MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI SESI 2025
SMK Datuk Panglima Abdullah akan mengadakan Majlis Perhimpunan Rasmi Sesi 2025 pada minggu kedua persekolahan. Majlis ini lebih istimewa dengan kehadiran mantan Pengetua yang akan bersama-sama warga sekolah dan menyampaikan ucapan terakhir kepada para pelajar.


Semua warga sekolah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini. Pelajar diingatkan untuk hadir lebih awal bagi memastikan kelancaran majlis. Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memberikan penghormatan terakhir kepada mantan Pengetua kita!
#SDPA2025
#PerhimpunanRasmi
#SedetikBersamaSeabadTerasa
#TerimaKasihCikgu
#sdpagagahgemilang
Majlis Perhimpunan "Sedetik Bersama Seabad Terasa"
Pada 24 Februari 2025, SMK Datuk Panglima Abdullah telah mengadakan majlis perhimpunan istimewa bagi meraikan perpisahan mantan pengetua, Tuan Haji Abdul Hussien bin Hj Omar. Majlis yang berlangsung di Dataran Perhimpunan SDPA ini dianjurkan oleh Unit HEM SDPA dengan objektif meraikan kehadiran pelajar, menyampaikan maklumat penting sekolah serta memberikan penghargaan kepada kepimpinan mantan pengetua.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan penuh makna daripada Tuan Haji Abdul Hussien yang memberi motivasi kepada pelajar. Turut hadir, Puan Mardianah binti Hj Mohd Ibno, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Semporna, yang turut menyampaikan amanat inspirasi kepada warga sekolah. Majlis diakhiri dengan sesi bersalaman dan ucapan tahniah daripada pelajar kepada tetamu kehormat.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat termasuk wakil PPD Semporna, PIBG, serta para pelajar dan guru-guru yang menjayakan majlis ini.