Friday, October 10, 2014

LIGA REMAJA KREATIF

Pelajar SMK Datuk Panglima Abdullah telah menyertai pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 untuk bahagian video pendek yang bertemakan "Jalur Lebar Untuk Pendidikan". Sebanyak 3 kumpulan telah menghantar penyertaan untuk kategori ini dan telah dimenangi salah satu kumpulan yang terdiri dari Safran, Nurwida, Nazri Yamin dan Kamarul . Video mereka ini telah terpilih antara 10 video yang terbaik peringkat negeri. Pengumuman dan penyampaian hadiah  berlangsung di hotel Le Meridien, Kota Kinabalu pada 10 Oktober 2014. Kumpulan pemenangan bersama guru pengiring Pn. Bazlin binti Ahmad turut menghadiri majlis penyampaian hadiah ini. Keputusan video yang terpilih ini berjaya mendapat hadiah saguhati iaitu hadiah wang tunai sebanyak RM500. Johan dimenangi oleh SMK Kuhara, Tawau. Tahniah diucapkan dari warga SDPA .











No comments:

Post a Comment