Thursday, September 6, 2012

September

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Perhatian kepada warga pelajar SMKDPA


SUKACITA dimaklumkan bahawa pelawaan adalah dibuka kepada semua pelajar sekolah untuk untuk menyertai Festivel Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah Kali Ke-4 2012. Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori, iaitu Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Terbuka Kebangsaan. Kategori Sekolah Rendah dan Kategori Sekolah Menengah hanya untuk Kateori Tertutup Negeri Sabah sahaja. Manakala Kateori Terbuka kebangsaan adalah terbuka kepada semua sekolah di Malaysia. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Oktober 2012. Festivel ini adalah anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah, Multimedia Development Corporation, Kuala Lumpur dan diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Hadiah yang menjangkau RM70,000.00 dalam bentuk Komputer Riba, Kamera, Trofi, wang tunai dan sijil penghargaan disediakan. Borang penyertaan boleh didownload di ruangan Muat Turut blog ini.

Sila hantar borang yang telah dilengkapkan kepada Cikgu Bazlin Ahmad sebelum  15 Oktober 2012.

No comments:

Post a Comment