Monday, April 29, 2013

PERTANDINGAN MEMBINA BLOG BIDANG/PANITIA DAN UNIT-UNIT KHAS SMKDPA



PENGUMUMAN

Unit ICT Sekolah dengan kerjasama Kelab Komputer SMK  Datuk Panglima Abdullah telah menganjurkan pertandingan Membina Blog mengikut kategori :  Bidang, Panitia Matapelajaran dan Blog Unit-Unit Khas . Pertandingan ini terbuka kepada semua Bidang, Panitia dan Unit-unit khas .
Sijil dan hadiah iringan akan diberikan kepada yang terlibat.

Syarat Pertandingan :
1.   Disertai oleh seorang / dua orang guru bersama dua orang pelajar.
2.   Guru hanya sebagai pemantau, penasihat dan pemberi idea kepada pelajar
      semasa membina blog tersebut.
3.   Guru menentukan kandungan blog, seperti sukatan matapelajaran, carta organisasi, objektif,      latihan dan sebagainya.
4.   Pelajar berfungsi sebagai Pembina blog.
5.   Blog boleh dibina melalui mana-mana tapak pembinaan blog percuma yang ada di Internet   (contoh : Blogger, Wordpress, Weebly, etc).
6.   Peserta hendaklah membuka akaun emel yang baru, khas untuk bidang/panitia/unit   masing-masing sebelum membuka akaun blog. Sila serahkan alamat anda kepada pihak penganjur. Peserta tidak dibenarkan menggunakan emel peribadi.
7.   Nama dan alamat laman web (URL) peserta hendaklah berkaitan dengan panitia.

contoh penggunaan url panitia mesti mula dengan www.smkdpa...... rujuk contoh dibawah
Contoh : panitia ICT: http://smkdpaict.weebly.com
Contoh : panitia BM: http://smkdpabm.blogspot.com
Contoh : panitia Sejarah: http://smkdpasejarah.wordpress.com


Tarikh tutup pendaftaran : 3 Mei 2013
Tarikh Bengkel : 24 Mei 2013 (RABU) -(pelajar akan diajar semasa bengkel)
Masa : (akan ditetapkan kemudian)
Tarikh Pertandingan : 24 Mei 2013 – 12 Jun 2013(sepanjang musim cuti sekolah penggal pertama)
Penilaian dan Penyerahan Hadiah : 17 Jun 2013

Setiap kumpulan wajib memiliki broadband/kemudahan internet dirumah dan sebuah laptop
(Semasa bengkel sila bawa bersama laptop dan broadband (standby) bersama)
 
Jika berminat, boleh berjumpa dengan Cikgu Bazlin guru penyelaras bestari SMKDPA.

1 comment: