Monday, August 18, 2014

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2014

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan tahun 2014 telah dirasmikan  oleh Puan Hjh Halimah binti Abdul Hamid, Penolong Kanan Kurikulum SDPA.

Sambutan ini merupakan satu program tahunan yang diadakan untuk meningkatkan semangat kenegeraan dalam setiap diri pelajar bagi menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara kita.
Berikut merupakan senarai aktiviti yang akan dijalankan sempena Bulan Kemerdekaan 2014 :
1)            Pertandingan Permainan Tradisional
               (congkak, gusti tangan, batu seremban)
2)            Pertandingan Melukis Logo Kemerdekaan  
                iaitu  MALAYSIA.. Disini Lahirnya Sebuah Cinta
3)            Kuiz Kemerdekaan
4)            Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

Gambar Sekitar Pelancaran Bulan Kemerdekaan




No comments:

Post a Comment