Thursday, August 14, 2014

PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2014




Sebanyak 13 buah sekolah rendah dan 36 buah sekolah menengah telah menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2014 yang telah diadakan di SM Lok Yuk, Kota Kinabalu pada 9 Ogos 2014 yang lalu.

Pertandingan Robotik ini adalah anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Sains Negara, Sasbadi Holding Berhad serta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Lima kategori pertandingan adalah seperti berikut:


  1. Kategori Regular (Sekolah Rendah) – Acara : Rocket
  2. Kategori Regular (Sekolah Menengah Rendah) – Acara : Sputnik
  3. Kategori Regular (Sekolah Menengah Atas) – Acara : Space Station
  4. Kategori Open – Tema : Robots & Space
  5. Kategori GEN II Football

SDPA telah menghantar 2 pasukan untuk bertanding dalam KATEGORI REGULAR (SEKOLAH MENENGAH RENDAH) – SPUTNIK, dan kedua-dua pasukan berjaya merangkul tempat keempat dan kesepuluh.

Tahniah kepada semua peserta dan guru pengiring serta jurulatih yang telah menjayakan sehingga ke peringkat kebangsaan negeri ini. Tahniah Sekali lagi.







No comments:

Post a Comment