Monday, October 20, 2014

PROGRAM HIMPUNAN GENERASI MUDA CEMERLANG SABAH 2014

Penglibatan 91 orang pelajar SDPA bersama-sama ibu bapa telah memeriahkan majlis yang dianjurkan oleh pihak  Yayasan Pelajaran Malaysia (YPM).Slot ceramah motivasi diberikan kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa supaya lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM yang akan berlangsung pada November depan.Program himpunan generasi muda cemerlang Sabah ini dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Shafie bin Apdal ( Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah) dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Malaysia (YPM). Pelajar yatim seramai 31 orang menerima RM 100 sebagai wang bantuan kepada mereka. Slot akhir program ini untuk pelajar SPM dengan menyediakan seminar matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Selepas selesai seminar, pelajar-pelajar SPM diberikan kit peperiksaan yang disumbang oleh penganjur program.

Tarikh : 19 Oktober 2014
Masa  : 7.00 Pagi 
Tempat : Hotel Seafest, Semporna
Sasaran : 1. 60 orang pelajar SDPA SPM 2014 
               2. 31 orang pelajar bantuan SDPA (tingkatan 1 -tingkatan 4)





"Bermula pada bulan Januari 2015, seramai 500 pelajar yang kurang berkemampuan di Daearh Semporna akan diambil sebagai anak angkat Yayasan Pelajaran MARA dengan pembiayaan sebanyak RM300,000. Saya harap bantuan ini tidak disia-siakan dan belajar bersungguh-sungguh agar peroleh kejayaan kelak! Dalam masa yang sama, Program HELP Tuisyen YPM di 41 kawasan parlimen di seluruh negara diteruskan pada tahun depan (2015) dengan pembiayaan sebanyak RM1.5 juta" -FB Datuk Shafie Apdal Official

Credit : FB Shafie Apdal Official

No comments:

Post a Comment