Friday, May 8, 2015

Peperiksaan PISA SMK Panglima Abdullah

Pada 07 Mei, seramai 42 orang murid PISA SDPA telah berjaya menduduki peperiksaan secara offline di Dewan Panglima Abdullah dari 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Pihak JPN Sabah yang memastikan peperiksaan dijalankan seperti yang dikehendaki oleh pihak KPM. Pengarah PPD Semporna turut serta untuk memberi sokongan moral kepada murid-murid yang menduduki peperiksaan ini. Pegawai JuruTeknik dari PKG, Semporna juga turut membantu untuk pengawas peperiksaan dan membantu sekiranya perkara teknikal berlaku sepanjang tempoh peperiksaan dilaksanakan.Tahniah diucapkan kepada murid-murid PISA dan guru-guru yang terlibat yang berjaya mendidik mereka sehingga ke peringkat ini.
PN UMMAI , PENGARAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNA TURUT MEMBERI SOKONGAN KEPADA PELAJAR PISA SDPA.


No comments:

Post a Comment