Golongan pendidik di negeri ini perlu meningkatkan keupayaan
kreativiti serta inovasi sebagai persediaan menghadapi pelbagai cabaran
dalam dunia pendidikan.
Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Ramlee Marhaban, berkata keupayaan
guru menguasai bidang berkenaan akan membantu memudahkan tugas untuk
mendidik pelajar.
"Bersesuaian dengan tema Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi,
golongan pendidik perlu sentiasa peka dan bersedia untuk berusaha
menambah ilmu-ilmu baharu.
"Usaha sedemikian akan mencetuskan perubahan malah mampu menjadikan
seseorang guru lebih kreatif dan inovatif selain mendorong penjanaan
idea," katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Guru dan
penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 184 penerima bagi
peringkat daerah Semporna 2014 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan
Abdullah II, Semporna di sini, malam tadi.
Ramlee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bugaya berkata, untuk
menghadapi persaingan global yang semakin sengit, sistem pendidikan
memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah negara.
"Oleh itu golongan guru perlu komited, ikhlas dan berdedikasi dalam
menjalankan peranan sebagai penggerak ke arah perpaduan nasional yang
dapat menjamin kemajuan serta kemakmuran negara," katanya.
Di majlis itu, Ramlee menyampaikan anugerah kepada Ispal Bakal dan
Abdul Malik Abd Rahman yang dipilih sebagai tokoh guru. - BERNAMA
sumber dari : http://www.bharian.com.my
*************************************************************************
Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan staf SDPA yang memenangi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat daerah tahun 2014.
Majlis : Sambutan Hari Guru & Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Daerah Semporna, Sabah
Tempat : Dewan SMK Abdullah II, Semporna, Sabah
Tarikh : 16 Ogos 2014
Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengahari
Pemenang APC 2014, dari kiri : Pn.Zamilah,Pn. Ruhani, Cik Sharifah,Pn. Norizan, En.Aluan, En. Irwansa dan En. Nordin |
dari kiri: En. Irwansa, Pn. Zaiton, Cik Sharifah, Pn. Zamila, Pn. Hjh. Halimah, Pn. Aminah, Pn. Ruhani, Pn Norizan, dan En. Aluan |
No comments:
Post a Comment