Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

Friday, October 17, 2014

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 2014

MAJLIS PENUTUPAN PERASMIAN 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 2014 
ANJURAN BERSAMA KOLEJ POLI TEKNIK MARA (KPTM),SEMPORNA

   TARIKH: 17 OKTOBER 2014
      MASA: 7.30 pagi 
   TEMPAT: DEWAN SMK DATUK PANGLIMA ABDULLAH
SASARAN : PELAJAR TINGKATAN 5


DIRASMIKAN OLEH : 
En. Mohd Aziz bin Jammam 
                           (Pengerusi KPTM, Ketua Pemuda UMNO Semporna)

En. Abdul Aziz bin Jammam memberi ucapan perasmian

Pelajar yang membuat pesembahan yang melibatkan minggu akademik

Pengacara Majlis : Cik Nurul Syahira & Pn. Hjh Elina (GC SDPA)

Barisan Pentadbir SDPA : Pn. Norizan, Pn. Aminah, Pn. Hjh Rusnah dan Pn. Hjh Halimah (GPK 1)

Sebahagian peserta tingkatan 5

Penyampaian Hadiah kepada peserta yang berjaya 

CREDIT TO : PN. LAILA

Thursday, October 2, 2014

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB & PERSATUAN PERINGKAT DAERAH SEMPORNA


Pada 2 Oktober 2014, PPD Semporna menganjurkan Bengkel Pertandingan Projek Inovasi Kelab & Persatuan peringkat Daerah Semporna Tahun 2014 di SMK Datuk Panglima Abdullah. 4 sekolah yang mengambil bahagian untuk projek inovasi ini ialah SMK Tagasan, SMK Datuk Panglima Abdullah,SMK Bugaya II dan SMK Abdullah II dengan 7 penyertaan secara keseluruhannya. Pertandingan ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Akhir sekali majlis menjalankan sesi bergambar bersama semua peserta, guru pengiring, hakim dan penganjur.



Keputusan akhir adalah seperti berikut.
1. SMK BUGAYA II ( SEA DUSTBIN)
2. SMK TAGASAN (KIOSK ECS)
3. SMK BUGAYA II ( E.E.H)
4. SMK BUGAYA II ( EASY RASER)
5. SMK DATUK PANGLIMA ABDULLAH (TOP CUT97)



Monday, September 29, 2014

BENGKEL ANIMASI PENDIDIKAN 2014

Pusat Kegiatan Guru (PKG) Semporna dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah telah menganjurkan bengkel Animasi Pendidikan pada 26 September 2014 hingga 27 September 2014. SDPA telah mencalonkan 3 orang pelajar untuk menyertai bengkel ini. 









Friday, August 29, 2014

KEJOHANAN PADANG & BALAPAN SDPA KALI KE-41



    Kejohanan padang dan balapan SDPA kali ke-41 telah diadakan pada 26 Ogos hingga 28 Ogos di Padang Utama, SDPA. Aktiviti ini telah dijayakan dengan penglibatan pelajar mengikut rumah sukan masing-masing. Acara padang seperti lontar peluru, lempar cakera, lontar lembing, lompat kijang, lompat jauh dan lompat tinggi bagi kategori lelaki bawah 15 tahun (kategori B), lelaki bawah 18 tahun (Kategori A), perempuan 15 tahun kebawah (kategori B), dan perempuan bawah 18 tahun (Kategori A) telah berlangsung pada 26 Ogos dari 7.00 pagi hingga 4.00 petang dengan penyertaan pelajar-pelajar sidang pagi dan petang.

ACARA LOMPAT TINGGI L15
Barisan pegawai pentadbiran yang memeriahkan kejohanan padang
Pengetua SDPA turut memeriahkan kejohanan sekolah
Pegawai yang bertugas pada hari kejohanan


Acara disambung semula pada hari berikutnya dengan acara balapan 100 meter, 200 meter, 800 meter, 1500 meter dan saringan untuk acara 400 meter. Setelah acara balapan telah selesai, raptai pebarisan mengikut rumah sukan dan unit beruniform telah dijalankan untuk memudahkan acara penutupan kejohanan.
Pingkat acara padang disampaikan kepada pemenang oleh Pengetua SDPA

ACARA BALAPAN KATEGORI PEREMPUAN 18

 Seterusnya acara balapan 400 meter dan 4x100 meter dimulakan pada 28 Ogos sekitar jam 8.00 pagi. Kemuncak kejohanan padang dan balapan diteruskan pada jam 2.00 petang dengan acara 4x400 meter bagi  ke empat-empat kategori yang dipertandingkan. Kejohanan ini telah diserikan dengan acara pegawai 4x 100 meter bagi kategori pegawai lelaki dan perempuan.

Cikgu Gong selaku pegawai statistik

acara balapan P15




Ketua rumah sukan melibatkan diri untuk acara pegawai 4x 100meter
Majlis penutupan berlangsung dengan ucapan rasmi oleh pengetua SDPA. Pebarisan setiap rumah sukan dan unit beruniform berlansung dengan menarik serta gaya hormat yang tersendiri ditampilkan bagi memeriahkan suasana majlis. Ia diadili oleh hakim jemputan untuk menilai pebarisan yang paling terbaik. Akhir sekali pemenang rumah sukan, dan pembarisan yang terbaik diumumkan. Rumah sukan  yang berjaya mengkumpul emas paling banyak dimenangi oleh NURI, diikuti HELANG, RAJAWALI dan CENDERAWASIH. Bagi pembarisan yang terbaik dimenangi oleh NURI. Secara keseluruhan rumah sukan NURI berjaya untuk semua kategori yang dipertandingkan. Majlis bersurai dengan sesi bergambar.
Krew yang menjayakan kejohanan padang dan balapan kali ke -41
Persediaan pebarisan rumah sukan

Pasukan JUARA 














Saturday, August 16, 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU & PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PERINGKAT DAERAH SEMPORNA

Golongan pendidik di negeri ini perlu meningkatkan keupayaan kreativiti serta inovasi sebagai persediaan menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan.
Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Ramlee Marhaban, berkata keupayaan guru menguasai bidang berkenaan akan membantu memudahkan tugas untuk mendidik pelajar.
"Bersesuaian dengan tema Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi, golongan pendidik perlu sentiasa peka dan bersedia untuk berusaha menambah ilmu-ilmu baharu.
"Usaha sedemikian akan mencetuskan perubahan malah mampu menjadikan seseorang guru lebih kreatif dan inovatif selain mendorong penjanaan idea," katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Guru dan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 184 penerima bagi peringkat daerah Semporna 2014 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah II, Semporna di sini, malam tadi.
Ramlee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bugaya berkata, untuk menghadapi persaingan global yang semakin sengit, sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah negara.
"Oleh itu golongan guru perlu komited, ikhlas dan berdedikasi dalam menjalankan peranan sebagai penggerak ke arah perpaduan nasional yang dapat menjamin kemajuan serta kemakmuran negara," katanya.
Di majlis itu, Ramlee menyampaikan anugerah kepada Ispal Bakal dan Abdul Malik Abd Rahman yang dipilih sebagai tokoh guru. - BERNAMA

sumber dari :  http://www.bharian.com.my

 *************************************************************************
Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan staf SDPA yang memenangi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat daerah tahun 2014.


Majlis  : Sambutan Hari Guru & Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Daerah Semporna, Sabah
Tempat  : Dewan SMK Abdullah II, Semporna, Sabah
Tarikh    : 16 Ogos 2014
Masa       : 7.30 pagi - 12.00 tengahari
 

Pemenang APC 2014, dari kiri : Pn.Zamilah,Pn. Ruhani, Cik Sharifah,Pn. Norizan, En.Aluan, En. Irwansa dan En. Nordin


dari kiri: En. Irwansa, Pn. Zaiton, Cik Sharifah, Pn. Zamila, Pn. Hjh. Halimah, Pn. Aminah, Pn. Ruhani, Pn Norizan, dan En. Aluan







Monday, April 28, 2014

TENIS PERINGKAT ZON TENGGARA

Pada 22 hingga 24 April telah berlangsung pertandingan tenis peringkat zon tenggara di Lahad Datu. SDPA telah menghantar 4 orang atlit mewakili kategori peseorangan dan beregu terbuka yang terdiri daripada Lee Li Ying, Sim Mei Ling,Chin Shier Li dan Norlianah Abd Hadi.

Sekolah kita telah mendapat tempat yang kedua bagi kategori beregu terbuka dan tempat ketiga kategori peseorangan terbuka.Tahniah diucapkan kepada pemenang,cuba lagi pada tahun hadapan untuk mendapat Johan.







Tuesday, April 22, 2014

HARI MEMBACA SEDUNIA 2014

PROGRAM : HARI MEMBACA SEDUNIA 2014
TARIKH : 22 APRIL 2014


JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT 2014:
 HARI MEMBACA SEDUNIA;Seluruh 1 Malaysia.

Dia menarik dan mendakapku hingga aku berasa kepayahan untuk bernafas.
Lalu dia melepaskanku dan berkata, “Bacalah...!”
“Aku tidak dapat membaca...!”
Dia menarik dan mendakapku lagi sehingga aku berasa sukar untuk
bernafas. Kemudian dia melepaskan sambil berkata, “Bacalah...!
Aku menjawab, “Aku tidak dapat membaca...!”
Untuk yang ketiga kalinya, dia menarik dan mendakapku sehingga aku merasa kepayahan untuk bernafas, lalu ia melepaskanku dan berkata, “ Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah...! Dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak ia ketahui.” (Surah Al-‘Alaq 96: 1-5)

Terima Kasih kepada warga SDPA kerana berjaya melaksanakan aktiviti ini dengan cemerlang.