Showing posts with label APRIL. Show all posts
Showing posts with label APRIL. Show all posts

Monday, April 28, 2014

TENIS PERINGKAT ZON TENGGARA

Pada 22 hingga 24 April telah berlangsung pertandingan tenis peringkat zon tenggara di Lahad Datu. SDPA telah menghantar 4 orang atlit mewakili kategori peseorangan dan beregu terbuka yang terdiri daripada Lee Li Ying, Sim Mei Ling,Chin Shier Li dan Norlianah Abd Hadi.

Sekolah kita telah mendapat tempat yang kedua bagi kategori beregu terbuka dan tempat ketiga kategori peseorangan terbuka.Tahniah diucapkan kepada pemenang,cuba lagi pada tahun hadapan untuk mendapat Johan.







Tuesday, April 22, 2014

HARI MEMBACA SEDUNIA 2014

PROGRAM : HARI MEMBACA SEDUNIA 2014
TARIKH : 22 APRIL 2014


JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT 2014:
 HARI MEMBACA SEDUNIA;Seluruh 1 Malaysia.

Dia menarik dan mendakapku hingga aku berasa kepayahan untuk bernafas.
Lalu dia melepaskanku dan berkata, “Bacalah...!”
“Aku tidak dapat membaca...!”
Dia menarik dan mendakapku lagi sehingga aku berasa sukar untuk
bernafas. Kemudian dia melepaskan sambil berkata, “Bacalah...!
Aku menjawab, “Aku tidak dapat membaca...!”
Untuk yang ketiga kalinya, dia menarik dan mendakapku sehingga aku merasa kepayahan untuk bernafas, lalu ia melepaskanku dan berkata, “ Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah...! Dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak ia ketahui.” (Surah Al-‘Alaq 96: 1-5)

Terima Kasih kepada warga SDPA kerana berjaya melaksanakan aktiviti ini dengan cemerlang.











Saturday, April 19, 2014

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA WARGA PENDIDIK DAERAH SEMPORNA

MAJLIS MAKAN MALAM 
BERSAMA WARGA PENDIDIK DAERAH SEMPORNA 
SEMPENA LAWATAN KERJA 

oleh
YB. DATO' SERI IDRIS BIN JUSOH 
MENTERI PENDIDIKAN II MALAYSIA

di
HOTEL SEAFEST, SEMPORNA

pada
19 APRIL 2014

                                                                                        CREDIT TO :    PN. AMINAH
                                                                                                                 PN. ZAMILAH
                                                                                                                 EN. JULKIFLI




JAMUAN PENGHARGAAN TEAM WORD MANIA


Satu penghargaan diberikan kepada Team Word Mania dengan mengadakan jamuan khas yang dianjurkan oleh Guru Bestari SDPA, Pn. Bazlin binti Ahmad. Pelajar-pelajar juga diberikan t-shirt FROG sebagai hadiah penglibatan dalam pertandingan WordMania. Syabas & Tahniah diucapkan kepada TEAM Word Mania, SDPA.



Monday, April 7, 2014

CHAMPION SCHOOL 2nd Runner Up, WORD MANIA MALAYSIA


Pada 27 Mac 2014, SMK DATUK PANGLIMA ABDULLAH telah dianugerahkan sebagai CHAMPION SCHOOL, 2nd runner-up Word Mania yang dianjurkan oleh FROGASIA. Hadiah ini disampaikan oleh Y.B. Tuan P. Kamalanathan A/L Panchanathan , Timbalan Menteri Pendidikan II Malaysia di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Seramai 17 orang pelajar SDPA telah menyertai pertandingan ini bermula dari pusingan pertama hingga pusingan ketiga. Pelajar-pelajar tersebut menggunakan perkakasan komputer sendiri untuk menyertai pertandingan Word Mania ini. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada  17 orang pelajar yang berjaya mengharumkan nama SDPA.






  • Majlis Penyerahan hadiah kemenangan Champion School di SDPA


Trofi, sijil dan replika cek bernilai RM3000 disampaikan kepada En. Abdul Aziz bin Abdul Rashid, Pengetua SDPA diiringi oleh Pn Hjh Halimah binti Abdul Hamid, Guru Penolong Pentadbiran atas kemenangan Champian School Word Mania  tempat ke tiga di peringkat kebangsaan pada 7 April 2014.