Showing posts with label word mania. Show all posts
Showing posts with label word mania. Show all posts

Saturday, April 19, 2014

JAMUAN PENGHARGAAN TEAM WORD MANIA


Satu penghargaan diberikan kepada Team Word Mania dengan mengadakan jamuan khas yang dianjurkan oleh Guru Bestari SDPA, Pn. Bazlin binti Ahmad. Pelajar-pelajar juga diberikan t-shirt FROG sebagai hadiah penglibatan dalam pertandingan WordMania. Syabas & Tahniah diucapkan kepada TEAM Word Mania, SDPA.



Monday, April 7, 2014

CHAMPION SCHOOL 2nd Runner Up, WORD MANIA MALAYSIA


Pada 27 Mac 2014, SMK DATUK PANGLIMA ABDULLAH telah dianugerahkan sebagai CHAMPION SCHOOL, 2nd runner-up Word Mania yang dianjurkan oleh FROGASIA. Hadiah ini disampaikan oleh Y.B. Tuan P. Kamalanathan A/L Panchanathan , Timbalan Menteri Pendidikan II Malaysia di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Seramai 17 orang pelajar SDPA telah menyertai pertandingan ini bermula dari pusingan pertama hingga pusingan ketiga. Pelajar-pelajar tersebut menggunakan perkakasan komputer sendiri untuk menyertai pertandingan Word Mania ini. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada  17 orang pelajar yang berjaya mengharumkan nama SDPA.






  • Majlis Penyerahan hadiah kemenangan Champion School di SDPA


Trofi, sijil dan replika cek bernilai RM3000 disampaikan kepada En. Abdul Aziz bin Abdul Rashid, Pengetua SDPA diiringi oleh Pn Hjh Halimah binti Abdul Hamid, Guru Penolong Pentadbiran atas kemenangan Champian School Word Mania  tempat ke tiga di peringkat kebangsaan pada 7 April 2014.










Wednesday, February 5, 2014

Pertandingan WORD MANIA

 Pertandingan WORD MANIA sedang hangat di perkatakan di SDPA. Bagi pelajar yang masih belum lagi berdaftar untuk mengambil bahagian pertandingan ini, sila rujuk pada Guru Bestari, Cikgu Bazlin binti Ahmad.